Followers

Tuesday 1 February 2011

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 5 DAN 6


Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru Murid Tahun 5 dan 6 berjalan seperti dirancang dengan hadiran ibu bapa yang amat memberangsangkan. Keadaan ini merupakan satu fenomena baru apabila ibu bapa kini amat mengambil berat pelajaran anak-anak.

Majlis dimulai dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis dan seterusnya bacaan doa daripada Ustaz Wan Tajudin. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru besar SK Duyong, Tn Hj Baba bin Hj Ya'acob. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kehadiran ibu bapa pada hari ini serta memberi taklimat perancangan sekolah untuk kecemerlangan UPSR tahun 2011/2012.



Antara ibu bapa yang hadir pada hari tersebut

Tn Hj Hamzah bin Hj Hussin selaku GPK 1 pula telah menyatakan beberapa perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini demi kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Seterusnya taklimat oleh guru mata pelajaran iaitu Encik Ridwan Mat (Matematik), Cik Roslinda Ghauth (Bahasa Inggeris), Pn Norain (Sains) dan Pn Fauziah Ismail (Bahasa Melayu).

Acara diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat daripada Pengerusi PIBG SK Duyong, Encik Ismail bin Bujang yang begitu teruja dengan kehadiran ibu bapa walaupun pada hari ini adalah hari bekerja. Beliau memohon kerjasama daripada ibu bapa menyokong segala program sekolah dan PIBG demi kecemerlangan akademik anak-anak.

Majlis berakhir dengan ucapan ikrar daripada murid-murid Tahun 5 dan 6 di hadapan ibu bapa dan guru-guru. Sebelum pulang ibu bapa menjamu selera.


Selepas ini akan bermula semua program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sehinggalah detik terakhir sebelum pelajar menjawab soalan peperiksaan UPSR.

BRAVOOOO SK DUYONG

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...