Followers

Wednesday 30 March 2011

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN TAHUN 6


Pada 26 Mac 2011, Sekolah Kebangsaan Duyong berbesar hati menerima kunjungan daripada siswa-siswa UiTM, Shah Alam dan Kampus bandar Melaka untuk melaksanakan kerja amal kepada murid-murid Tahun 6. Seramai 52 orang murid tahun 6 telah menyertai program ini. Bengkel dan ceramah itu diadakan pada pukul 10.00 pagi dirasmikan oleh YDP PIBG Sk Duyong iaitu Encik Ismail bin Bujang.


Murif-murid tekun mengikuti program


Antara pelajar UiTM yang terlibat dalam program tersebut


Murid-murid SK Duyong boleh

Seramai 10 orang pelajar UiTM telah bersama-sama melaksanakan program tersebut. Sepanjang prigram itu dijalankan, banyak ilmu dan perkara baru berjaya diterapkan dalam diri murid-murid Tahun 6 ini. Rumusannya, program yang telah dilaksanakan ini memberikan manfaat kepada semua murid tahun 6. Semoga semua murid tahun 6 akan mula mengorak langkah untuk belajar bersungguh-sungguh.

Bagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga program ini akan memberi impak yang besar kepada perjalanan murid-murid Tahun 6 mengharungi UPSR 2011 dengan jayanya.

Wednesday 23 March 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 25 Februari yang lalu. Sambutan yang diadakan saban tahun ini disambut meriah oleh warga SK Duyong. Majlis ini telah dikelolakan oleh panitia Agama.

Pada hari tersebut, murid-murid dan guru-guru mendengar ceramah Maulidur Rasul daripada penceramah jemputan iaitu Ustaz Latiff. Antara isi ceramahnya ialah tentang kerasulan Rasulullah dan beliau sebagai idola umat Islam.

Selepas itu, murid-murid dan guru-guru bersama-sama berarak sambil berselawat di sekitar kampung.







Tahniah kepada semua guru Panitia Agama Islam serta warga SK Duyong yang telah menjayakan program ini

Thursday 17 March 2011

BAGAIMANA NAK BERJAYA SIRI 1



Tip-tip untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi

1. Kehendak
2. Usaha
3. Doa
4. Syukur

Wednesday 2 March 2011

DENGARLAH DAN HAYATI MAKNA AYAT-AYAT SUCI AL QURAN

Listen to Quran

BOLA SEPAK SK DUYONG


Sk Duyong telah menyertai pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh MSSMNM kawasan Ayer Keroh pada 28 Februari dan 2 Mac 2011. Seramai 18 pemain telah dipilih untuk mewakili sekolah yang dilatih oleh Ustaz Wan Tajuddin. Latihan telah bermula sejak bulan Januari 2011.

Pertandingan itu disertai oleh 20 buah sekolah dalam kawasan Ayer Keroh. SK Duyong telah diundi dalam kumpulan A yang terdiri daripada SK Seri Duyong, SK Tambak Paya, SK Seri Maharaja, SK Dato Demang Husin serta SK Duyong sendiri.

Tidak meletakkan sebarang sasaran kepada pasukan memandangkan SK Duyong merupakan pasukan baru kerana telah lama tidak menyertai permainan bola sepak dalam mana-mana pertandingan. Dalam pertandingan itu, SK Duyong telah kalah kepada SK Seri Duyong 0 - 3, SK Dato Demang Husin 0 - 3, menang dengan SK Tambak Paya 1 - 0 dan seri 0 - 0 dengan SK Seri Maharaja.

Walaubagaimana pun, pencapaian ini merupakan titik mula kecemerlangan sukan SK Duyong. Diharapkan pada tahun-tahun akan datang pasukan bola sepak SK Duyong akan terus maju lagi. TAHNIAH kepada semua yang terlibat terutama kepada murid-murid SK Duyong yang berani mencuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...