Followers

Monday 14 February 2011

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2011

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan SK Duyong telah diadakan pada 14 Februari 2011. Majlis ini disempurnakan oleh Penyelia Kanan PPD Melaka tengah iaitu Encik Noorsir bin Sarip.



Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Tajudin dan diikuti oleh nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu Sekolah. Seterusnya Tn Hj Baba bin hj Ya'acob iaitu Guru Bsar SK Duyong telah menyampaikan ucapannya. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang telah dilantik dan berharap para pengawas dapat mnjalankan tugas dengan sempurna.



Majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian daripada Encik Noorsir bin Sarip. Dalam ucapannya beliau mahukan pengawas yang dilantik pada hari ini memainkan peranan yang penting ketika menjalankan tugas serta menjadi contoh kepada murid-murid lain. Selepas itu, majlis penerimaan watikah kepada pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan dijalankan. Seramai 108 orang pengawas dan pustakawan menerima watikah pelantikan masing-masing pada hari tersebut.







Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh semua pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan dan penyampaian cenderahati kepada Encik Noorsir bin Sarip.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...