Followers

Sunday 22 May 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011


Esok merupakan hari-hari yang penting untuk kira-kiraq 400 orang murid SK Duyong kerana mereka akan mula menjawab soalan pperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Bagi pihak sekolah peperiksaan ini merupakan asas penunjuk aras P&P selama 5 bulan ini. Murid-murid pula ini merupakan ujian untuk melihat prestasi dan usaha yang telah dilakukan selama ini.

Kepada murid-murid yang telah bersedia, esok merupakan hari yang amat dinanti-nantikan, manakala yang masih khayal dan leka, sesungguhnya mereka dalam kerugian. Walau apa pun, unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan selamat menjawab soalan kepada semua murid SK Duyong tercinta.

Monday 16 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011










Sambutan Hari Guru 2011 telah disambut meriah. Acara bermula dengan membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran,Pengarah Pelajaran Malaysia, ucapan Guru Besar dan YDP PIBG. Tema sambutan Hari Guru tahun ini ialah Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara. Tidak lupa juga nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema tahun ini.

Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah sukaneka, permainan futsal dan bola jaring antara guru melawan murid tahun 6. Selain itu persembahan daripada murid-murid menghangatkan lagi sambutan tahun ini. Kemeriahan ini diakhiri dengan pertukaran hadiah sesama guru.

Sambutan tahun ini berjalan dengan lancar dan teratur. Murid- murid tidak lupa menghargai jasa guru dengan memberikan hadiah kepada guru-guru mereka.

Saturday 14 May 2011

PENTINGNYA SOLAT



Firman Allah swt : Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun 9,10,11)

Solat itu tiang agama. Penghulu segala amal yang lain. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Jika sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak sanggup duduk boleh secara berbaring. Tak boleh dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.


Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat & penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dgn syarak. Firman Allah swt :

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yg keji & mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); (Al-'Ankabuut 45)

Sabda Nabi saw : Tonggak urusan (agama) adalah Islam, dan tiang utamanya adalah sembahyang, sedangkan puncaknya adalah jihad pada jalan Allah.

Firman Allah swt : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. (Taha 132)

Sabda Nabi saw : Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila sudah sampai umurnya tujuh tahun, dan pukullah jika sudah memasuki 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur diantara mereka. (HR Abu Daud)

Sama-sama kita melaksanakannya dengan penuh kesempurnaan, ingatkan diri, keluarga, sanak saudara, teman-teman akan betapa pentingnya solat. Sentiasalah berdoa memohon hidayah dan rahmat Nya.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka "


“ Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati kami di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...