Followers

Monday 2 May 2011

MESYUARAT AGONG PIBG KALI 35



Mesyuarat Agong PIBG kali 35 telah diadakan pada 24 April yang lalu di Dewan SK Duyong. Majlis itu dirasmikan oleh wakil daripada Yayasan Melaka. Dalam ucapannya, beliau menyeru ibu bapa agar memainkan peranan yang penting dalam memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Majlis juga meraikan bekas pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2010. Sramai 7 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010. Sebelum mesyuarat agong dijalankan, ibu bapa dihiburkan dengan persembahan daripada murid-murid SK Duyong.





Kehadiran yang memberangsangkan ibu bapa pada hari itu turut mendapat perhatian daripada YDP PIBG. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ibu bapa trhadap pendidikan anak-anak dan berharap ibu bapa akan terus bersama pihak sekolah dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Sebelum bersurai, cabutan nombor bertuah diadakan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...