Sunday, 22 May 2011
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
Esok merupakan hari-hari yang penting untuk kira-kiraq 400 orang murid SK Duyong kerana mereka akan mula menjawab soalan pperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Bagi pihak sekolah peperiksaan ini merupakan asas penunjuk aras P&P selama 5 bulan ini. Murid-murid pula ini merupakan ujian untuk melihat prestasi dan usaha yang telah dilakukan selama ini.
Kepada murid-murid yang telah bersedia, esok merupakan hari yang amat dinanti-nantikan, manakala yang masih khayal dan leka, sesungguhnya mereka dalam kerugian. Walau apa pun, unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan selamat menjawab soalan kepada semua murid SK Duyong tercinta.
Monday, 16 May 2011
SAMBUTAN HARI GURU 2011
Sambutan Hari Guru 2011 telah disambut meriah. Acara bermula dengan membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran,Pengarah Pelajaran Malaysia, ucapan Guru Besar dan YDP PIBG. Tema sambutan Hari Guru tahun ini ialah Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara. Tidak lupa juga nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema tahun ini.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah sukaneka, permainan futsal dan bola jaring antara guru melawan murid tahun 6. Selain itu persembahan daripada murid-murid menghangatkan lagi sambutan tahun ini. Kemeriahan ini diakhiri dengan pertukaran hadiah sesama guru.
Sambutan tahun ini berjalan dengan lancar dan teratur. Murid- murid tidak lupa menghargai jasa guru dengan memberikan hadiah kepada guru-guru mereka.
Saturday, 14 May 2011
PENTINGNYA SOLAT
Firman Allah swt : Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun 9,10,11)
Solat itu tiang agama. Penghulu segala amal yang lain. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Jika sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak sanggup duduk boleh secara berbaring. Tak boleh dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat & penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dgn syarak. Firman Allah swt :
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yg keji & mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); (Al-'Ankabuut 45)
Sabda Nabi saw : Tonggak urusan (agama) adalah Islam, dan tiang utamanya adalah sembahyang, sedangkan puncaknya adalah jihad pada jalan Allah.
Firman Allah swt : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. (Taha 132)
Sabda Nabi saw : Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila sudah sampai umurnya tujuh tahun, dan pukullah jika sudah memasuki 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur diantara mereka. (HR Abu Daud)
Sama-sama kita melaksanakannya dengan penuh kesempurnaan, ingatkan diri, keluarga, sanak saudara, teman-teman akan betapa pentingnya solat. Sentiasalah berdoa memohon hidayah dan rahmat Nya.
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka "
“ Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati kami di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu
Wednesday, 11 May 2011
Tuesday, 10 May 2011
PROGRAM MOTIVASI BERSAMA TAPEM
Program Kecemerlangan UPSR telah diteruskan lagi apabila SK Duyong telah mendapat tajaan daripada Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) dengan mengadakan siri ceramah motivasi bagi murid-murid Tahun 6. Program itu telah diseliakan oleh penceramah daripada NAZLELA TRAINING dan CTOTLINK. Program itu telah diadakan di Makmal Komputer pada 9 Mei yang lalu.
Majlis dirasmikan oleh Encik Zawawi bin Kahar iaitu Pengurus Operasi TAPEM dan seterusnya pihak sekolah menyerahkan cenderahati kepada TAPEM, NAZLELA TRAINING dan CTOTLINK.
Apa yang diharapkan dengan ceramah ini dapat memberi kesedaran dan tranformasi minda kepada para pelajar. Atas segala daya usaha para penceramah pihak sekolah mengucapkan terima kasih.
Sunday, 8 May 2011
HARI IBU
Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu
Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Read more: http://www.skycrewz.net
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu
Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Read more: http://www.skycrewz.net
DUA PEMAIN BOLA BALING MENGHARUMKAN SKD
Dua orang pemain bola baling SK Duyong telah mengharumkan nama sekolah kerana telah berjaya membantu pasukan Kawasan Ayer Keroh mengungguli Pertandingan Bola Baling MSSM negeri Melaka yang diadakan pada 3 dan 5 Mei yang lalu di SMK Tun Mutahir. Nor Asmahira bte Ujang telah membantu pasukan perempuan Kawasan Ayer keroh muncul juara manakala Mohd Hafiz Rismi bin Mohd Izzudin pula membantu pasukan lelaki mendapat tempat ke 3.
Pertandingan itu disertai oleh 7 pasukan lelaki dan perempuan dari setiap kawasan di Melaka. Tahniah kepada dua pemain tersebut dan diharapkan kejayaan ini akan memberi motivasi kepada pelajar lain untuk berjaya pada masa depan
Monday, 2 May 2011
LADAP 2
LADAP 2 telah diadakan pada 30 April 2011 yang lalu. LADAP ini dihadiri semua guru SK Duyong. Pengisian LADAP kali ini menjurus kepada Program LINUS yang disampaikan oleh Pegawai LINUS PPD Melaka Tengah iaitu Encik Azmi.
MESYUARAT AGONG PIBG KALI 35
Mesyuarat Agong PIBG kali 35 telah diadakan pada 24 April yang lalu di Dewan SK Duyong. Majlis itu dirasmikan oleh wakil daripada Yayasan Melaka. Dalam ucapannya, beliau menyeru ibu bapa agar memainkan peranan yang penting dalam memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Majlis juga meraikan bekas pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2010. Sramai 7 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010. Sebelum mesyuarat agong dijalankan, ibu bapa dihiburkan dengan persembahan daripada murid-murid SK Duyong.
Kehadiran yang memberangsangkan ibu bapa pada hari itu turut mendapat perhatian daripada YDP PIBG. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ibu bapa trhadap pendidikan anak-anak dan berharap ibu bapa akan terus bersama pihak sekolah dalam semua aktiviti yang dijalankan.
Sebelum bersurai, cabutan nombor bertuah diadakan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)