Followers

Wednesday 2 March 2011

BOLA SEPAK SK DUYONG


Sk Duyong telah menyertai pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh MSSMNM kawasan Ayer Keroh pada 28 Februari dan 2 Mac 2011. Seramai 18 pemain telah dipilih untuk mewakili sekolah yang dilatih oleh Ustaz Wan Tajuddin. Latihan telah bermula sejak bulan Januari 2011.

Pertandingan itu disertai oleh 20 buah sekolah dalam kawasan Ayer Keroh. SK Duyong telah diundi dalam kumpulan A yang terdiri daripada SK Seri Duyong, SK Tambak Paya, SK Seri Maharaja, SK Dato Demang Husin serta SK Duyong sendiri.

Tidak meletakkan sebarang sasaran kepada pasukan memandangkan SK Duyong merupakan pasukan baru kerana telah lama tidak menyertai permainan bola sepak dalam mana-mana pertandingan. Dalam pertandingan itu, SK Duyong telah kalah kepada SK Seri Duyong 0 - 3, SK Dato Demang Husin 0 - 3, menang dengan SK Tambak Paya 1 - 0 dan seri 0 - 0 dengan SK Seri Maharaja.

Walaubagaimana pun, pencapaian ini merupakan titik mula kecemerlangan sukan SK Duyong. Diharapkan pada tahun-tahun akan datang pasukan bola sepak SK Duyong akan terus maju lagi. TAHNIAH kepada semua yang terlibat terutama kepada murid-murid SK Duyong yang berani mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...