Followers

Thursday 21 April 2011

PERTANDINGAN LALULINTAS ANJURAN MKJR



SK Duyong telah menyertai Pertandingan Lalulintas anjuran JKJR pada 21hb April yang lalu. Seramai 20 orang murid tahun 6 telah dipilih untuk mewakili sekolah yang diirngi oleh Pn Junainah Senin, Pn Khatijah Bte Ghani dan Pn Hanisah Bador.



Sekolah kebangsaan Duyong berjaya menjadi Johan keseluruhan Perbarisan dan juga Naib Johan dalam Kuiz MKJR berkomputer.


Tahniah kepada murid-murid SK DUYONG PASTI BOLEH

Tuesday 19 April 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI 2011

SK Duyong sekali lagi dipilih untuk mengelolakan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Melaka. Karnival ini diadakan pada 18 dan 19/04 yang lalu. Antara pertandingan yang diadakan ialah bot solar, kereta solar, dapur solar untuk sekolah menengah serta UEREKA REE untuk sekolah rendah. Sebanyak 38 buah pasukan daripada sekolah-sekolah menengah seluruh Melaka telah menyertai pertandingan tersebut manakala 5 buah sekolah rendah telah menghantar penyertaan UEREKA.







Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Gan Tian Loo ADUN Duyong dan setrusnya merasmikan penutupan Karnival selama 2 hari itu. Sekolah Menengah Teknik Jasin menyapu bersih dua acara iaitu kereta solar dan bot solar manakala UEREKA pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Kesang Tua. Sekolah Kebangsaan Duyong memenangi saguhati UEREKA.



Karnival ini berakhir dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini terutamanya guru-guru SK Duyong.

Sunday 17 April 2011

MASALAH ADALAH HADIAH UNTUK MANUSIA

Optimisme adalah memandang hidup ini sebagai persembahan terbaik. Tidak ada sesuatu yang terjadi begitu saja dan mengalir sia-sia. Pasti ada tujuan. Pasti ada maksud. Mungkin anda pernah mengalami pengalaman buruk yang tak menyenangkan, maka keburukan itu hanya kerana anda melihat dari salah satu sudut mata yg berkaitan wang saja.

Bila anda berani menengok ke sisi yang lain, anda akan menemukan pemandangan yang jauh berbeza. Anda tidak harus menjadi orang tersenyum terus atau menampakkan wajah yang ceria.

Optimisme terletak di dalam hati, bukan hanya terpampang di muka. Jadilah optimis, kerana hidup ini terlalu rumit untuk dipandang dengan mengerutkan alis dan muka.

Setiap titis air yang keluar dari mata air tahu mereka mengalir menuju ke laut. Meskipun melalui anak sungai, belokan, kawasan kali keruh, danau dan muara, mereka yakin perjalanan mereka bukan tanpa tujuan. Bahkan, ketika menunggu di muara, setiap titis air tahu, suatu saat panas dan angin akan membawa mereka ke pucuk-pucuk gunung. Menjadi awan dan menurunkan hujan. Sebahagian menyuburkan rumput, sebagian tertakung dalam sumur-sumur atau telaga. Sebahagian kembali ke laut. Adakah sesuatu yang sia-sia dari setiap titis air yang anda temui?

Masalah Adalah Hadiah.

Bila anda menganggap masalah sebagai beban, anda mungkin akan menghindarinya atau menjauhinya. Bila anda menganggap masalah sebagai halangan, anda mungkin akan menghadapinya. Namun, masalah adalah hadiah yang dapat anda terima dengan suka cita. Dengan pandangan tajam, anda melihat kejayaan di balik setiap masalah.

Masalah adalah anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi. Maka, hadapi dan ubahlah menjadi kekuatan untuk kejayaan anda. Tanpa masalah, anda tak layak memasuki jalur kejayaan. Bahkan hidup ini pun masalah, kerana itu terimalah sebagai hadiah.

Hadiah terbesar yang dapat diberikan oleh ibu helang pada anak-anaknya bukanlah serpihan-serpihan makanan pagi. Bukan pula, dakapan hangat di malam-malam yang dingin. Namun, ketika mereka melempar anak-anak itu dari tempat yang tinggi.

Detik pertama anak-anak helang itu menganggap induk mereka sungguh keterlaluan, menjerit ketakutan, matilah aku. Beberapa ketika kemudian, bukan kematian yang mereka terima, namun kesejatian diri sebagai helang, iaitu terbang. Bila anda tak berani mengatasi masalah, anda tak kan menjadi seseorang yang sejati.

Saturday 16 April 2011

SEKOLAH BERASRAMA PENUH






Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.

Falsafah SBP
Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Matlamat SBP
1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.

Senarai SBP
Berikut merupakan senara nama sekolah berasrama penuh mengikut turutan huruf:
1. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
3. Maktab Tentera Diraja (MTD/RMC)
4. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS)[1]
6. Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH)[2]
7. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (INTEGOM)
8. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (IGOP)[3]
9. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEPOL)[4]
10. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK)[5]
11. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (I-KUPS)[6]
12. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR)
13. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR)
14. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam(INTESABER)
15. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (SBPIS) [7]
16. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh[8] (InSoFT)
17. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ( BRAINS )
18. Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR)
19. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
20. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)[9]
21. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA)
22. Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD)
23. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
24. Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ)
25. Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SAKBA)
26. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI)
27. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) (KUSESS)
28. Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)
29. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP)
30. Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU)
31. Sekolah Menengah Sains Labuan (SMEXCEL)
32. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu ( SEMSALD )
33. Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
34. Sekolah Menengah Sains Miri (SMSM @ Sainsri)
35. Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)[10]
36. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC)[11]
37. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SCIPP)
38. Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA)[12]
39. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
40. Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA)
41. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
42. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER)
43. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)
44. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (SEMSAS)
45. Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing (SMSSI)
46. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)
47. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SAINS KEDAH) [13]
48. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)
49. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub (SEMESTA)
50. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)
51. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ)
52. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP)
53. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS)[14]
54. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
55. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH PEKAN)
56. Sekolah Seri Puteri (SSP)
57. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
58. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
59. Sekolah Tun Fatimah (STF)
60. Sekolah Menengah Sains Tapah
61. Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT)
62. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (akan dibuka)
63. Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang (akan dibuka)

Wednesday 13 April 2011

Lagu Motivasi ( Kau Boleh! )

Si Buta dan Si Gajah


Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar.

Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata, "Meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba."

Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.

Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu.

Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang seperti yang dilaporkan oleh orang pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja.

Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.

Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan.

Moral:

* Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik
* Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara syumul dan terperinci
* Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja
* Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui 'brainstorming'
* Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya
* Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global
* Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara
* Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah.

Sunday 10 April 2011

SKD RAIH SAGUHATI

Muhammad Azim bin Ibrahim tahun 5 Jaya, telah meraih hadiah saguhati dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak Kaw. Ayer Keroh. Pertandingan itu diadakan di Dewan SK Bukit Beruang, Melaka disertai seramai 27 orang peserta dari sekolah- sekolah Kawasan Ayer keroh.



Syabas diucapkan kepada Muhammad Azim serta tenaga pengajar SKD. Cuba yang terbaik tahun depan.

Saturday 9 April 2011

Ramli Sarip - Perjalanan Hidup *Original Audio

RAJA BOWLING SK DUYONG

9 April - Sekali lagi Pusat Bowling Antarabangsa Melaka meriah dengan kehadiran para pemain bowling profesional dari SK Duyong. Seramai 28 orang warga SK Duyong telah bertarung sesama sendiri untuk merebut gelaran RAJA BOWLING SKD sirkit 1/2011







Raja Bowling sirkit 1/2011 ini dimenangi oleh Tn Hj Saadon yang mengutip 274 mata, manakala Cik Roslinda pula menang kategori perempuan dengsn 283 mata. Tahniah kepada para juara dn jumpa lagi di sirkit 2 nanti.

Friday 8 April 2011

BUANGKAN KEBENCIAN ANDA

Kisah ini diambil dari salah satu TK (taman kanak-kanak) di Australia. Semoga kisah ini bisa membawakan hikmah dan motivasi bagi kita semua dan menjadikan kita mutiara-mutiara dalam kehidupan.

Pada suatu hari guru TK tersebut mengadakan “permainan” menyuruh setiap anak muridnya membawa kantong plastik transparan 1 buah dan kentang.
Masing-masing kentang tersebut di beri nama berdasarkan nama orang yang di benci, sehingga jumlah kentangnya tidak di tentukan berapa…tergantung jumlah orang2 yg dibenci.

Pada hari yang disepakati masing2 murid membawa kentang dalam kantong
plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Seperti perintah guru mereka, tiap2 kentang di beri nama sesuai nama orang yang dibenci.

Murid2 harus membawa kantong plastik berisi kentang tersebut kemana saja
mereka pergi bahkan ke toilet sekalipun selama 1 mingggu. Hari berganti hari, kentang2 pun mulai membusuk, murid2 mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat baunya juga tidak sedap.

Setelah 1 minggu murid2 TK tersebut merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir.

Guru:”Bagaimana rasanya membawa kentang selama 1 minggu?”
Keluarlah keluhan dari murid2 TK tersebut, pada umumnya mereka tidak merasa nyaman harus membawa kentang2 busuk tersebut kemanapun mereka pergi. Guru pun menjelaskan apa arti dari “permainan” yang mereka lakukan.

Guru: “Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak bisa memaafkan orang lain.” Sungguh sangat tidak menyenangkan membawa kentang busuk kemanapun kita pergi. Itu hanya 1 minggu bagaimana jika kita membawa kebencian itu seumur hidup?

“Alangkah tidak nyamannya… ..”

Sebaliknya, enak dan nyaman sekali hidup di mana pun dan pergi ke mana pun tanpa membawa rasa kebencian hingga pikiran kita bisa jernih dan terbuka lebar hanya untukmemikirkan hal-hal yang positif saja……..

Memaafkan itu jauh lebih baik…

Semoga kita dapat memetik hikmah dari pelajaran adik adik kita ini

Thursday 7 April 2011

Cerita Tentang Katak Kecil


Pelajaran hidup No. 1

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...

Perlumbaan pun dimulakan...

Secara jujur, Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata: "Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!

Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak." atau: "Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi.. Penonton terus bersorak.

"Terlalu susah!!! Tak seorang pun yang akan berjaya!!!" Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!


SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata...

Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Nasihat bijak dari cerita ini adalah:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...

kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada.

Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:

Selalulah tetap....


POSITIF!



Dan yang terpenting:

Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!

Selalulah berfikir:

I can do this!

NASIHAT AYAH



Seorang ayah telah menasihatkan anaknya mengenai masa depan anaknya. Semoga nasihat ini dapat menjadi pengajaran kita bersama...

'Wahai anakku, tugas kamu semasa kecil ialah mempelajari ilmu demi ilmu. Kamu perlu jelas mengenai tugas kamu itu, agar kamu tidak mudah dipengaruhi oleh gangguan-gangguan negatif yang boleh merugikan masa depanmu'.

'Wahai anakku, hidupmu telah diberi nama, dan adalah menjadi tugas kamu menjadikan namamu terkenal di seluruh dunia, hingga matimu akan dikenang sebagai manusia yang berjaya dan berjasa'.

'Wahai anakku, dunia ini adalah ladang untuk akhirat. Jangan kau biarkan ladangmu dipenuhi lalang. Berusahalah agar hidupmu memberi erti'.

'Wahai anakku, masa depanmu adalah jauh lebih mencabar dari hari ini. Maka rancanglah masa depanmu dengan lebih serius agar kamu memperoleh kejayaan'.

'Wahai anakku, masa adalah amat berharga, jika engkau kehilangannya, keseluruhan hidup kamu akan rugi. Jika kamu tidak mahu merancang penggunaan masamu, kamu tidak akan mampu merancang sesuatu pun dalam hidupmu'.

'Wahai anakku, jadilah insan yang berjaya, kerana kejayaan itu membebaskan kamu dari kejahilan, membebaskan kamu dari kemiskinan, membebaskan kamu dari kelalaian. Kejayaan itu bertitik tolak dari kemahuan untuk berjaya. Maka didiklah hati kamu agar sentiasa berfikir dan bertindak ke arah kejayaan'.

'Wahai anakku, ikutlah pesanan ayahmu ini'.

ERTI KEGAGALAN

Tuesday 5 April 2011

SK DUYONG MENANG SAGUHATI


Nur Hazreen Hazrina binti Hamdan telah berjaya merai kejayaan dalam Pertandingan Bercerita Kawasan Ayer keroh yang diadakan di SK Paya Dalam. Adik Nur Hazreen berjaya mendapat tempat ke 6 dalam pertandingan bercerita Tahap 1.

TAHNIAH diucapkan kepada semua warga SK Duyong sehingga mendorong kejayaan adik Nur Hazreen.

Monday 4 April 2011

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2011 SIRI 1




Pada 4 dan 5 hb April yang lalu, unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011. Program ini merupakan salah satu aktiviti Kecemerlangan UPSR 2011 SK Duyong. Teknik Menjawab Soalan ini disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas iaitu Encik Halili bin Haron dan En Shahruddin Assar.

Ceramah Bahasa Melayu telah disampaikan oleh Encik halili bin Haron dari SK Peringgit manakala ceramah Sains pula disampaikan oleh Encik SHahrudin bin Assar dari SK Ayer Molek.

Seramai 57 orang pelajar Tahun 6 telah mengikuti program ini yang diadakan di Makmal Komputer SK Duyong. Walaupun dalam keadaan yang penat namun semangat pelajar tetap membara mengikuti program itu sehingga tamat.

Pihak sekolah berharap dengan adanya program ini akan dapat memberi sebanyak ilmu kepada pelajar untuk menjawab soalan dengan cara yang berkesan.

Sunday 3 April 2011

BOLA BALING SKD 2011



SK Duyong telah menghantar pasukan bola baling lelaki dan perempuan menyertai Pertandingan Bola Baling MSSN Melaka kaw. Ayer Keroh pada 30 hb Mac yang lalu. Pertandingan itu disertai oleh 16 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita. Ia diadakan di padang SMK Padang Temu.

Pasukan Lelaki SK Duyong telah tewas 1-3 kepada pasukan SK Bukit Baru dan SK Seri Duyong dan menang 2-0 dengan pasukan SK SAS. Manakala pasukan perempuan SK Duyong layak ke suku akhir sebelum kalah kepada pasukan SK Alai 1-4. Dalam pusingan awal SK Duyong seri 1-1 dengan SK Bendahara Seri Maharaja dan kalah kepada SK Ayer Molek 1 - 4.

Tahniah buat pasukan bola baling sekolah walau pun tewas namun perjuangan perlu diteruskan seehingga SK Duyong disegani dan digeruni kawan dan lawan pada tahun-tahun mendatang.

NILAI SEORANG ANAK


Semalam merupakan hari pertama saya membuat praktikal di hospital. Di Rusia, untuk tahun kedua perubatan, disebabkan masih tidak banyak yang dipelajari, maka sukatan untuk praktikal adalah membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan kejururawatan. Semua rakan-rakan telah pulang ke Malaysia menikmati cuti indah bersama keluarga, hanya saya yang gatal kaki untuk cuba mencari pengalaman di sini.

Sepanjang satu hari semalam, hanya satu yang mahu dikongsi. Ceritanya begini.

Jururawat memanggil kami (saya dan seorang lagi pelajar), untuk membantunya membersihkan badan-badan pesakit. Ketika sudah selesai dua tiga orang pesakit, kami mendekati seorang tua, yang berselimut. Ketika kami sampai, di bilik tersebut ada 4 orang pesakit yang lain turut menempati bersama di bilik tersebut.

Jururawat itu, menarik kain selimut yang menyelimuti badan pakcik tua ini, dan dengan itu jugalah, keluar bauan yang sungguh memedihkan hidung. Kami dapati, katil pakcik ini penuh dengan najis (tahi). Hanya Allah yang tahu bau dia macam mana. Ketika ini, dua orang pesakit keluar dari bilik ini untuk duduk di luar, tidak tahan bau yang dihasilkan. Jururawat meminta pakcik ini untuk turun dari katil, dan digagahi oleh seorang pelajar lagi. Saya tidak berani mendekati, hanya memerhati apa yang dilakukan.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan, ketika sedang berdiri ini, pakcik tua ini, yang kakinya tidak gagah untuk berdiri, yang ditongkat oleh pelajar, telah membuang air besar di situ juga. Kami yang ada di situ hanya pasrah. Saya hanya membantu menarik kain-kain tilam dari katil. Jururawat menunggu sehingga pakcik ini selesai membuang hajatnya.

Jururawat memberitahu, bahawa pakcik ini selama dia sakit, tiada siapa yang menziarahinya. Dalam hati kecil, kesedihan membungkam jiwa saya. Jururawat ini, mula mengelap bahagian badan pakcik ini, pakcik ini megadu letih berdiri. Kemudian, kami menarik cadar dari tilam dan menggantikannya dengan yang baru. Badan pakcik tua itu dibersihkan sebelum dia dibenarkan baring kembali.

Selesai itu, lantai dibersihkan dari najis yang dibuang oleh pakcik ini. Setelah segalanya selesai, pakcik tua diberikan baju untuk dipakai semula.

Setelah selesai semua sekali, kami beredar dari bilik tersebut. Saya mengambil tempat di bilik rehat. Hati betul-betul terasa. Merasakan bahwa begitu berharganya seorang anak apabila ibubapa sudah sampai di usia seperti pakcik itu.

Ketika menulis ini, tidak tahu bagaimana mahu mengungkap perasaan ketika itu. Dalam hati hanya berdoa:

"Ya Allah, kau matikanlah daku sebelum sempat aku menderhaka kepada kedua ibu bapaku, dan jika kau anugerahiku isteri dan zuriat, kau matikanlah daku sebelum sempat mereka derhaka kepadaku."

Balik petang itu dengan seribu satu perasaan gelisah. Gelisah jika diri berada di situasi anak-anak pakcik itu, tidak bersabar malah meninggalkan ibubapa di rumah pesakit. Gelisah jika anugerah isteri dan anak-anak, jadi seperti pakcik itu. Mudah-mudahan diri ini dijauhkan dari segala yang pakcik itu hadapi.

*****

Arzalil 'umur (surah al-hajj:5) - waktu di mana seseorang sudah hilang kewarasan akal, seperti mana seorang bayi kecil. Di waktu ini, semua ciri-ciri budak kecil ada pada lelaki berumur. Kebersihan dirinya, semuanya bergantung kepada orang lain untuk menguruskannya.

Moga-moga diriku dijauhkan dari tahap waktu umur ini.

Volgina Street, Konkova,
117437,Moscow.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...